Friday, June 26, 2020

KPS3014 PENGURUSAN PEMBELAJARAN

KPS3014 PENGURUSAN BILIK DARJAH

ENCIK MOHD ARIFIN BIN GHAZALI
AZZAH ZAKIRAH BINTI CHE GHANI
(D20191088957)



APAKAH RUTIN PENGURUSAN BILIK DARJAH?

Pengurusan harian bilik darjah. Ia merupakan satu prosedur yang tetap dan perlu dijalankan sebagai aktiviti harian bilik darjah. Rutin pengurusan bilik darjah yang sistematik bukan hanya membentuk persekitaran bilik darjah yang kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran, tetapi juga meningkatkan semangat kekitaan dalam kalangan murid-murid, keselamatan dan meningkatkan disiplin kendiri pelajar.

Contoh rutin bilik darjah : mengambil kehadiran murid, memungut yuran, menyusun kerusi dan meja, menyiapkan jadual bertugas



Jenis –jenis Rutin

(a)   Rutin Kelas (bukan akademik)
Seorang guru perlu mewujudkan persekitaran fizikal bilik darjah yang kondusif dan membuat beberapa peraturan dan prosedur asas bilik darjah untuk memudahkan proses pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Pengurusan peraturan dan kebersihan bilik darjah juga bertujuan untuk mengurangkan masalah disiplin dan memastikan bilik darjah berada dalam suasana yang kondusif. Tambahan pula, kaedah pembelajaran abad ke-21 sangat memberikaan impak yang besar terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah susunan meja pelajar yang lebih memudahkan interaksi antara pelajar dan guru untuk membahaskan berkaitan sesautu topik.
Contoh rutin bilik darjah : mengurus kebersihan bilik darjah, termasuk menyapu lantai, menyusun kerusi dan meja serta membersihkan papan tulis, membentuk peraturan dan jadual bertugas murid.

(b)   Rutin Pentadbiran
Guru juga memainkan peranan sebagai seorang pentadbir. Adalah penting bagi seorang guru mengurus pentadbiran bilik darjah secara berkesan kerana ini akan membantu murid-murid belajar dalam suasana yang selesa dan tenteram. Ini dapat menjimatkan masa dan tenaga guru serta murid. Ini boleh memberi manfaat kepada pembelajaran murid. Murid akan lebih berasa selamat dan disiplin pelajar akan lebih terkawal di samping kebajikan pelajar juga terjamin..
Contoh rutin pentadbiran : mengambil kehadiran murid. Memungut bayaran PIBG dan bayaran peperiksaan, menyediakan laporan kemajuan murid dan rekod kesihatan mrid.
(c)    Rutin Pergerakan Murid
Murid perlu tahu pergerakan dari satu aktiviti atau bilik darjah kepada yang lain. Contohnya, kebanyakkan sekolah memerlukan murd untuk beratur sebelum pergi ke makmal sains dan computer, bengkel kemahiran hidup dan sains rumahtangga. Ini bertujuan untuk melatih murid agar lebih berdisiplin sewaktu bergerak ke makmal atau mengikuti aktiviti luar.
Contoh rutin pergerakan murid : murid bergerak dari
                                                                                i.            Aktiviti dalam ke aktiviti luar kelas
                                                                              ii.            Aktiviti kelas kepada aktiviti berkumpulan
                                                                            iii.            Kelas ke makmal atau bilik sumber
(d)   Rutin Pengurusan Tugasan
       Rutin jenis ini termasuklah persediaan guru terhadap tugasan, aktiviti sumber            pengajaran dan pembelajaran serta membina pusat aktiviti. Untuk memastikan kelancaran dalam mengimplementasikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru perlu memberitahu tentang hasil pembelajaran yang diharapkan, apa yang perlu mereka lakukan dan cara mereka mengetahui pencapaian hasil pembelajaran mereka. Guru juga perlu memantau aktiviti bilik darjah dan menilai pencapaian murid.
(e)    Rutin Pembelajaran
Rutin jenis ini berlaku dalam pada setiap hari dan ini membantu menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Prosedur yang betul sewaktu menjalankan rutin adalah penting dan murid harus melibatkan diri secara langsung di mana perlu.
Contoh rutin pembelajaran : memungut buku latihan, menanda latihan, mengagihkan sumber dan buku.
(f)     Rutin Interaksi
Pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah menenkankan aktiviti yang berfokuskan murid. Interaksi seperti interaksi murid-murid dan guru-guru adalah digalakkan. Murid perlu tahu prosedur bertanya atau menjawab, perkara yang diharapkan semasa berada di pusat pembelajaran semasa menjalankan perbincangan dan aktiviti bilik darjah yang lain.
Contoh rutin interaksi : perbincangan kelas dan kumpulan kecil, membuat ujikaji makmal, aktiviti kumpulan seperti main peranan dan projek.

Saturday, May 9, 2020

PENGURUSAN BILIK DARJAH


 Imej Tangkapan Skrin

ILMU MENGURUSKAN BILIK DARJAH
Sebagaimana yang kita tahu, bilik darjah atau kelas adalah penting sebagai medium bagi menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran.  Bilik darjah yang bersesuaian dengan pelajar dapat membantu pelajar untuk meningkatkan kesungguhan dan kebolehan dalam proses ilmiah.
Di dalam bilik darjah, selain daripada mengajar, guru juga memainkan peranannya sebagai pengurus. Guru yang profesional ialah guru yang berfikiran luas dimana guru memikirkan bagaiman cara untuk menjadikan bilik darjah atau kelas sebagai rutin harian pelajar. Guru atau dikenali juga sebagai pengurus mengarahkan pelajar untuk membuat jadual tugasan harian supaya keadaan bilik darjah lebih kondusif. Dengan itu, mereka akan menjalankan tugas dengan mengikut jadual yang ditetapkan. Kecekapan guru dalam menjalankan tugas sebagai pengurus akan mewujudkan sosioemosi yang ceria, selesa dan disiplin kelas yang baik. Oleh itu, guru yang profesional perlu berfikiran lebih luas untuk menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran melalui kewujudan sosioemosi dalam bilik darjah.
Ilmu menguruskan bilik darjah yang seterusnya adalah ilmu pengurusan dari segi fizikal dan sosial. Perkara yang paling penting bagi seseorang guru adalah keadaan bilik darjah yang kemas, bersih dan teratur. Selain itu juga, susunan meja juga penting dalam mewujudkan suasana yang kondusif. Susunan meja yang baik adalah mempunyai ruang dan jarak untuk memudahkan guru bergerak dengan pantas dan selesa untuk memberikan penerangan kepada pelajar yang tidak faham. Malah susunan meja mengikut abad 21 memudahkan pelajar berbincang dan berkomunikasi antara mereka. Secara tidak langsung, guru dapat mencapai objektif dalam menjayakan proses pengajaran dan pelajaran.
Pengurusan bilik darjah yang berkesan mampu meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Seseorang guru perlu memainkan peranan penting dalam mengawal tingkah laku pelajar bagi mencapai objektif yang dituju. Guru perlu memiliki sikap dan sifat yang baik untuk ditonjolkan dan dijadikan teladan dan contoh kepada pelajar. Guru seharusnya bijak mengambil Tindakan kepada pelajar yang bermasalah disiplin dengan tidak menghukum mereka di hadapan rakan-rakan mereka. Hal ini adalah kerana tidak mahu mereka malu dan tiada keinginan untuk belajar sejurus dapat merosakkan prestasi seorang guru. Malah guru yang bijak dalam menyelesaikan masalah dapat mencapai matlamat dan objektif yang diinginkan sejurus dapat meningkatkan akademik dan prestasi pelajar.

KEMAHIRAN MENGURUS BILIK DARJAH. 
Pengurusan bilik darjah yang baik dan berkesan adalah hasil daripada kemahiran yang dilakukan oleh guru bagi memastikan bilik darjah sentiasa berada dalam keadaan yang tenang dan suasana yang kondusif sebelum memulakan sesi pembelajaran. Sebagai seorang guru, untuk menguruskan bilik darjah adalah bukan satu perkara yang mudah tetapi ia telah merupakan tanggungjawab bagi seorang guru untuk mengambil insiatif yang berkesan dan mengatur strategi untuk memastikan bilik darjah sentiasa dalam keadaan terkawal dan teratur. Terdapat pelbagai kemahiran kemahiran yang dapat dipraktikkan oleh guru ketika mengurus bilik darjah.
Antara kemahiran yang perlu diambil perhatian oleh guru adalah, guru perlu menunjukkan contoh yang baik kepada para pelajar. Hal ini dikatakan demikian kerana, di sekolah guru merupakan ‘role model’ dan inspirasi kepada pelajar. Justeru itu setiap tingkah laku yang dilakukan oleh guru guru sentiasa diperhatikan oleh pelajar di sekolah tersebut. Sebagai seorang guru, kita hendaklah saling hormat menghormati sesama guru dan juga anak didik bagi merapatkan lagi hubungan silaturahim dan memupuk nilai kasih sayang antara guru dan pelajar.  Apabila pelajar melihat sikap guru yang saling menghormati tersebut, pasti mereka akan turut menghormati pelajar pelajar lain dan mempraktikkan setiap perbuatan baik yang dipamerkan oleh guru guru mereka. Hal yang sedemikian sekaligus dapat melahirkan pelajar pelajar yang berakhlak mulia dan berkualiti. 
          Selain itu, pengetahuan guru mengenai nama dan latar belakang pelajar pelajar adalah perkara yang sangat penting. Hal ini dikatakan demikian kerana, kaedah sebegini akan memudahkan guru untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan pelajar ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Apabila guru dapat mengingati nama para pelajar, pelajar tersebut pasti berasa bangga dan diri mereka dihargai apabila dipanggil sama ada dalam kelas mahupun luar kelas. Perkara ini amat jelas kepentingannya dan turut ditegaskan oleh Bartlett (2004), beliau menyatakan seorang guru perlu mengingati nama dan mengetahui latar belakang pelajar-pelajarnya. Selain itu juga, guru perlu mengetahui latar belakang pelajarnya kerana ia akan memudahkan kerja seorang guru sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini keatas pelajar dengan menghubungi ibu bapa pelajar tersebut atupun menghantar pelajar tersebut ke rumah
mereka. Hal ini jelaslah menunjukkan bahawa guru tersebut mengambil berat dan prihatin terhadap anak didiknya dan secara tidak langsung dapat memberi dorongan dan semangat untuk terus berusaha mencapai kejayaan. 
Seterusnya, kemahiran guru mempelbagaikan rangsangan pembelajaran bagi menarik minat dan perhatian pelajar. Hal ini dikatakan demikian kemahiran tersebut dapat membantu merangsang perkembangan minda pelajar untuk lebih mendalami pembelajaran dengan lebih fokus. Contohnya kemahiran mengubah tingkah laku, mempelbagaikan aktiviti pengalihan saluran deria pelajar, menukar corak interaksi antara guru dan murid dan mempelbagaikan kaedah dan teknik mengajar. Dengan kemahiran yang dijalankan tersebut aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih seronok dan bermakna. Bukan itu sahaja, pelajar akan lebih memahami apa yang hendak disampaikan oleh guru kerana mereka berasa seronok dengan teknik penyampaian yang pelbagai dan  guru yang mampu menguasai kemahiran ini akan berupaya mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dan menarik. 
          Di samping itu, persediaan guru untuk mengurus subjek yang hendak diajar kepada para pelajar. Persediaan yang rapi sangat penting agar tugas guru sempurna dan teratur. Guru juga perlu untuk mengetahui apa yang hendak disampaikan serta memahirkan diri mereka dengan subjek yang hendak diajar supaya ilmu yang disampaikan tersebut dapat difahami oleh pelajar dengan mudah. Contohnya, penyediaan rancangan pembelajaran harian (RPH) sebelum memulakan sesi pembelajaran. Rancangan pembelajaran harian tersebut adalah merangkumi objektif, teknik dan kaedah dan ianya sangat penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Pada akhir kelas tersebut, objektif yang ditetapkan haruslah dicapai. Bukan itu sahaja, apabila guru guru membuat persediaan lebih awal, ia membolehkan guru mengajar dengan lebih berkeyakinan dan pelajar pelajar akan menjadi lebih semangat.
          Guru juga perlu membuat perancangan yang rapi berikutan susun atur di dalam bilik darjah. Hal ini dikatakan demikian kerana, penggunaan ruang paling banyak sekali dalam bilik darjah ialah susunan tempat duduk pelajar. Susunan yang baik seharusnya membolehkan guru memerhati semua pelajarnya dan seterusnya dapat mengendali bilik darjah dengan mudah. Apapun susunan tempat duduk yang digunakan, susunan itu hendaklah cukup fleksibel untuk menjalankan dan memantau  pelbagai jenis akitviti dalam bilik darjah. Menurut Emmer & et.al (1994), guru seharusnya memastikan semua pelajar boleh memandang kepada kawasan pengajaran keseluruhan kumpulan (whole-group instruction) tanpa memerlukan pelajar bergerak daripada tempat duduk mereka. Tempat duduk disusun agar semua pelajar boleh melihat pengajaran yang dipersembahkan oleh guru. Sebenarnya susunan tempat duduk boleh berubah-rubah mengikut kesesuaian kaedah pengajaran dan aktiviti yang digunakan oleh guru (Levin & Nolan, 1994). Susunan tempat duduk yang efektif membenarkan guru untuk berinteraksi dengan lebih dekat kepada semua pelajarnya.  Susunan tempat duduk mestilah dirancang agar guru mudah untuk mendekati pelajarnya tanpa menganggu pelajar lain. Selain itu, tempat duduk pelajar seharusnya mengelak posisi muka pelajar daripada menghadap punca penumpuan pelajar terganggu seperti tingkap dan pintu. Justeru itu susun atur di dalam bilik darjah perlulah dititikberatkan oleh para guru bagi memastikan suasana pembelajaran terkawal.
Akhir sekali ialah, prosedur menetapkan peraturan di bilik darjah yang telah dipersetujui bersama oleh pelajar sebagai satu kontrak dan garis panduan yang dapat mengawal tingkah laku mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana, dengan adanya peraturan tersebut pelajar akan berwaspada daripada melakukan kesalahan dan sekaligus masalah disiplin di dalam kelas dan juga sekolah terkawal. Contoh peraturan yang biasa ditemui ialah setiap pelajar perlulah mempunyai rasa hormat, mesra dan bersifat membantu rakan-rakan mereka, murid perlu menyiapkan tugasan mereka dan murid perlu mengangkat tangan mereka jika mahu menjawab sebarang pertanyaan. Dengan peraturan tersebut, suasana bilik darjah akan menjadi lebih teratur dan sekaligus dapat meningkatkan prestasi dalam akademik dan juga sahsiah diri. Kontrak yang ditandatangani ini akan dirujuk sekiranya pelajar melakukan kesalahan.
          Kesimpulannya,  terdapat banyak lagi pendekatan dan kemahiran yang boleh dipraktikkan untuk  mengurus bilik  darjah.  Segalanya bergantung kepada situasi yang akan dihadapi oleh guru dalam realiti dunia pendidikan ketika berhadapan dengan pelajar. Untuk menguruskan bilik darjah dengan baik, guru memerlukan ketekalan, kesedaran tentang erti keadilan, semangat juang yang tinggi dalam memahami fasa psikologi dan tahap perkembangan pelajar, berfikiran terbuka dan bersedia untuk belajar dari kesalahan agar guru dapat mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah seterusnya kecemerlangan pelajar itu sendiri. Tangani segala apa yang berlaku di dalam bilik darjah dengan tenang, cepat, tegas dan fleksibel bergantung kepada tahap pelajar yang diuruskan. 

STRATEGI MENGURUS BILIK DARJAH
Di dalam pengurusan bilik darjah ini, benda yang dibincangkan adalah mengenai strategi mengurus bilik darjah. Apakah yang dimaksudkan dengan strategi? Strategi membawa maksud pelbagai cara untuk mencapai tujuan. Strategi juga dapat disebut sebagai perilaku yang diambil oleh seseorang yang menggambarkan berbagai tindakan terkait dengan keadaan dan permainan (Benoit dan Trigeorgis,2011). Strategi mengurus bilik darjah di sebuah sekolah haruslah dititikberatkan kerana ia sangat mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Terdapat tiga aspek utama bilik darjah iaitu unsur fizikal bilik darjah, interaksi dan iklim bilik darjah.
Aspek yang pertama ialah unsur fizikal bilik darjah. Fizikal bilik darjah ini menitikberatkan penyusunan bilik darjah. Penyusunan bilik darjah amat penting dalam situasi pembelajaran pelajar kerana keadaan in dapat menggalakkan atau menghalang sesuatu pembelajaran. Pengurusan bilik darjah memerlukan rutin bilik darjah. Tujuan rutin bilik darjah adalah untuk menimbulkan rasa tanggungjawab, perasaan seronok dan bekerjasama di kalangan pelajar. Ia juga dapat menjimatkan masa dan tenaga. Kegiatan rutin bilik darjah adalah seperti membuat pemeriksaan tentang keadaan fizikal bilik darjah, menyediakan bahan pelajaran dan menyusun dengan betul dan mudah dicapai, menetapkan waktu yang sesuai untuk melakukan rutin bilik darjah dan merancang sesuatu rutin itu dengan sempurna dan bersistem. Faedah rutin bilik ialah proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan teratur, pengurusan rutin yang teratur dapat menjimatkan masa guru dan pelajar, rutin akan menyemai nilai-nilai murni di kalangan pelajar, dan akhir sekali pengurusan rutin bilik darjah yang sempurna dan cekap akan menimbulkan rasa selamat kepada pelajar.
Seterusnya adalah unsur interaksi dalam bilik darjah. Interaksi merupakan satu proses yang saling bertindak yang berlaku di antara sekurang-kurangnya dua pihak. Istilah dua pihak bermaksud sama ada ia merupakan orang perseorangan ataupun sekumpulan manusia. Interaksi sangat penting kerana ia dapat menentukan sama ada proses pengajaran di dalam kelas berjalan dengan baik. Jenis interaksi yang amat sesuai untuk digunakan semasa dalam bilik pembelajaran adalah interaksi dua hala antara guru dan murid, interaksi dua hala antara murid dan murid dan interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid. Dalam memastikan proses (PdPc) yang berkesan guru tidak boleh mengamalkan hanya interaksi sehala atau tradisional kerana hanya guru yang akan mengawal segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas menyebabkan tiada interaksi yang berlaku antara murid dengan murid. Dalam berinteraksi juga guru perlu bijak mengawal keadaan emosi bilik darjah seperti suara guru hendaklah jelas serta sikap guru yang positif dan mengamalkan gaya kepimpinan yang sesuai di dalam kelas iaitu gaya demokratik merupakan interaksi dua hala yang sangat sesuai digunakan.
Aspek yang terakhir adalah unsur iklim bilik darjah. Halpin dan Croft (1963) yang merupakan perintis dalam kajian iklim sekolah mengatakan bahawa iklim sekolah menggambarkan personaliti seseorang individu sendiri dan bagaimana guru tersebut berusaha untuk mencapai tahap organisasi iklim sekolah berkenaan. Iklim bilik darjah terbahagi kepada 3 iaitu suasana fizikal, suasana sosial dan suasana emosi. Suasana fizikal melibatkan unsur fizikal bilik darjah. Perancangan dan penyusunan ini melibatkan mengorganisasi, merancang dan penggunaan ABM, APD, kerusi, meja, papan tulis dan sebagainya. Bagi mencapai suasana sosial bilik darjah, guru akan mengkaji melalui pemerhatian biasa teknik sosiometri. Sosiometri merupakan teknik untuk mencari dan menunjukkan perhubungan individu dengan pelajar. suasana emosi bilik darjah pula melibatkan gabungan berbagai-bagai perkara iaitu suara, kelucuan, penggunaan pujian, kawalan, kepimpunan dan kaedah mengajar.

Secara kesimpulannya, strategi mengurus bilik darjah adalah berkait rapat dengan tiga elemen penting seperti unsur fizikal, interaksi dan iklim bilik darjah. Selain itu juga, peranan daripada guru adalah penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan seiring dengan matlamat dan isi pembelajaran yang ingin disampaikan. Apabila bilik darjah berada dalam keadaan yang terurus, maka kesemua aktiviti yang dijalankan di dalam bilik darjah akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan memberi manfaat secara optimum kepada seluruh warga sekolah.

PENGURUSAN DISIPLIN DALAM BILIK DARJAH
Mengikut Olivia (1956), disiplin merujuk kepada kawalan diri, kawalan dari luar, patuh kepada autoriti, keadaan bilik darjah yang teratur, kursus pengajian an sistematik, cara yang menetapkan peraturan atau hukuman. Di samping itu, di dalam buku Laporan jawatankuasa Kabinet (1979) juga turut menjelaskan beberapa konsep berkaitan dengan disiplin. Antaranya ialah :
  • *    Kesangupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri.
  • *    Kesanggupan seseorang bekerja atau membuat sesuatu dengan tertib.
  • *    Kesanggupan seseorang menghormaati hak individu lain.
  • *    Kesanggupan seseorang meengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak mengganggu kepentingan orang lain.
  • *    Kesanggupan hormat-menghormati antara satu sama lain dan mempunyai semangat tolong-menolong.
  • *    Kesanggupan membaiki keadaan yag sedia ada menerusi usaha yang membina.
  • *    Kesanggupan berkhidmat kepada masyarakat.


Di perigkat sekolah, disiplin merupakan peraturan yang dikenakan kepada pelajar dengan tujuan mengawal tingkah laku mereka melalui hukuman atau ganjaran. Justeru itu, disiplin bilik darjah merupakan peraturan-peraturan yang dikenakan keada pelajar-pelajar supaya mereka berkelakuan baik dan berdisiplin semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Hal ini akan mendorong agar akiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan secara sistematik, teratur dan lancar tanpa sebarang gangguan.
Mengikut Lindgren (1976), disiplin bilik darjah boleh dibahagikan kepada empat iaitu displin arahan guru, disiplin arahan kerja, disiplin arahan kumpulan dan disiplin arahan diri. Dalam konteks pengurusan bilik darjah, guru memainkan peranan utama dalam memastikan tiada masalah disiplin di dalam sesebuah kelas. Hal ini akan menjamin segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna. Oleh itu, guru bertanggungjawab untuk menentukan peraturan-peraturan bilik darjah dan memastikan pelajar sentiasa mematuhi peraturan tersebut ketika berada dalam bilik darjah. Dengan kata lain, di bawah disiplin arahan guru, murid-murid diwajibkan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan. Sekiranya terdapat murid yang melanggar disiplin, dia akan dihukum mengikut peraturan atau cara yang difikirkan sesuai.
Seterusnya, disiplin arahan kerja pula merupakan satu arah guru kepada pelajar agar pelajar mematuhi arahan dan menyempurnakan tugasan mengikut jadual. Disiplin arahan kerja ini mempunyai ciri motivasi yang positif kerana ianya dapat menggalakkan murid menyelesaikan tugasan untuk kebaikan dan kepentingan sendiri. Sudah tentu tidak semua murid mempunyai disiplin arahan kerja dan mematuhi arahan guru dalam menyempurnakan tugasan mereka mengikut jadual. Kepatuhi murid kepada disiplin jenis ini bergantung kepada kematangan murid serta jenis tugasan yang diberikan. Secara amnya, disiplin arahan kerja dapat diwujudkan apabila tugasan yang diberikan adalah menarik, bermakna, boleh disempurnakan mengikut tempoh masa yang ditetapkan, serta sesuai dengn umur dan keupayaan murid.
Disiplin arahan pula diwujudkan antara ahli dalam sesuatu kumpulan dengan tujuan untuk menjalankan sesuatu ativiti pembelajaran. Pembentukkan kumpulan perlulah berdasarkan kepada norma,nilai dan kepercayaan ahli-ahli yang serupa. Oleh itu, tingkah laku murid dapat dikawal semamsa interaksi berlaku di antara rakan sebaya. Guru yang cekap dalam pengurusan bilik darjah pasti boleh menggunakan dinamika kumpulan itu untuk mengawal sesetengah pelajar yang sering melanggar disiplin bilik darjah. Bimbingan yang sesuai harus diberikan kepda ketua-ketua kumpulan mereka supaya norma dan kepercayaan yang diamalkan adalah sesuai,sihat dan setimpal dengan disiplin bilik darjah. Semasa aktiviti kumpulan dijalankan, ketua kumpulan berperanan untuk memastikan ahli kumpulannya melaksanakan aktiviti tersebut secara sistematik dan teratur. Keadaan inilah mendorong wujudnya disiplin arahan kumpulan dalam kalangan pelajar.
Disiplin arahan diri bermaksud keadaan yang membuat murid-murid mematuhi peraturan-peraturan yang sudah ditentukan tanpa dikenakan denda atau diberikan ganjaran. Hal ini jelas menunjukkn tahap kesedaran pelajar terhadap peraturaan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah adalah untuk kebaikan murid-murid itu sendiri. Pada dasarnya, nilai disiplin jenis ini boleh dipupuk melalui latihan dan bimbingan guru seperti menerangkan kebaikan dan kepentingan seorng pelajar untuk mematuhi arahan atau peraturan yang ditetapkan. Disiplian arahan diri merupakan satu cara yang paling efektif dalam pengurusan disiplin bilik darjah. Hal ini demikian kerana, apabila pelajar mula memahami kepentingan mematuhi peraturan sekolah masalah disiplin di sekolah akan dapat dikurangkan ke peringkat yang minimum.
Namun demikian, apakah punca yang menyebabkan berlakunya masalah disiplin dalam bilik darjah? Antara punca utama berlakunya masalah ini adalah bergantung kepada guru yang mengajar. Sekiranya guru gagal menyediakan alat bantu mengajar yang baik, mencabar serta menarik yang sesuai dengan tahap pencapaian mereka, ini akan menyebabkan mereka cepat merasa bosan. Oleh itu, guru perlulah kreatif dalam mencipta idea-idea baru untuk merangsang pelajar untuk lebih minat  belajar. Selain itu, sekiranya terdapat tugasan yang diberikan kepada mereka tanpa penjelasan yang baik, mereka tidak mampu untuk menyiapkan tugasan tersebut. Hal ini juga boleh mendorong salah laku pelajar dalam bilik darjah. Interaksi dengan rakan sebaya juga memainkan peranan penting bagi memastikan tidak berlaku masalah disiplin dalam kelas. Di samping itu, menjadi tanggungjawab kepada guru untuk membina keyajinan diri dalam setiap pelajar. Hal ini adalah untuk memastikan pelajar sentiasa yakin untuk menjawab atau melakukan sesuatu tugasan yang diberikan.
Antara masah disiplin yang sering berlaku di dalam bilik darjah adalah kesalahan jenayah seperti merosakkan harrta benda sekolah, masalah berkelakuan negatif misalnya makan dalam bilik darjah, masalah ponteng kelas dan menipu contohnya menyalin kerja murid lain. Walau bagaimanapun masalah dan dugaan yang datang, sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab dan cekap mestilah sentiasa bersedia untuk menangani masalah yang timbul. Terdapat tiga cara untuk menangani masalah disiplin pelajar antaranya ialah amaran konstruktif, hukuman dan pencegahan salah laku.
Amaran konstruktif digunakan apabila tingkah laku yang tidak diingini mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Keberkesanan tindakan ini bergantung isi serta cara dalam menyampaikan amaran tersebut. Prosedur amaran adalah seperti berikut :
  • *    Pastikan pelajar fokus dan tegaskan bahawa ini adalah satu amaran
  • *    Jelaskan tingkah laku yang diingini secara eksplisit
  • *    Jelaskan hukuman yang bakal dikenakan kepada pelajar yang tidak memberi kerjasama
  • *    Amaran perlu ringkas
  • *    Teruskan pengajaran serta memberi pujian kepada pelajar yang memberi kerjasama
  • *    Beri pujian kepada pelajar yang bermasalah sekiranya mereka menunjukkan perubahan
  • *    Beri pelajar hanya satu amaran sahaja

Hukuman merupakan denda yang dikenakan kepada orang yang melakukan kesalahan. Respon berbentuk negatif merangkumi tindakan tata tetib seperti amaran lisan, mengherdik dan memaparkan nama serta salah laku pelajar. Hukuman ialah seperti menarik balik keistimewaan, mengasingkannya dari pelajar lain, memecat pelajar dari jawatan yang disandang, menambah beban tugas, digantung persekolahan dan sebagainya. Hukuman yang dikenakan mungkin akan menimbulkan kesan-kesan negatif kepada pelajar.
Pencegahan salah laku juga merupakan cara untuk membendung masalah disiplin pelajar. Faktor yang penting dalam bilik darjah ialah keupayaan guru mencegah salah laku pada peringkat awal sebelum ianya menjadi satu isu yang serius. Memahami dinamika bilik darjah merupakan langkah utama bagi mencegah salah laku pelajar. Semua tingkah laku membawa makna sosial yang hanya dapat difahami dalam konteks sosial tertentu. Adalah penting bagi guru untuk menangani masalah tingkah laku dengan melibatkan semua pelajar dari kelas tersebut. Hal ini kerana, rakan sebaya dapat mempengaruhi atau membendung tingkah laku dengan lebih berkesan dibandingkan dengan guru sendiri. Memahami dinamika bilik darjah merupakan kemelut bagi sebarang langkah pembetulan untuk menangani masalah pelajar. Seterusnya, pengajaran berkesan juga mampu mencegah masalah disiplin di dalam bilik darjah. Oleh itu, guru perlu merancang strategi pengajaran dan pembelajaran dengan sistematik, menggunakan kaedah dan teknik berpusatkan pelajar untuk menarik perhatian dan melibatkan mereka dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Elemen terpenting dalam bilik darjah adalah susun atur tempat duduk. Pastikan susun atur tempat duduk murid membolehkan guru untuk memerhati dan memudahkan pergerakan ke tempat pelajar. Di samping itu, guru perlulah sentiasa mempunyai kontak mata dengan pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran ataupun ketika berkomunikasi dengan individu. Seterusnya, guru juga mestilah sentiasa prihatin terhadap murid-murid dengan membuat tinjauan ke seluruh bilik darjah untuk memastikan murid-murid tidak mempunyai masalah dalam membuat sesuatu tugasan yang diberikan.
Selain keberkesanan positif yang dicipta dan implimentasi pelbagai teknik pengajaran dalam bilik darjah, terdapat tingkah laku murid yang tidak dapat dielakkan. Oleh itu, guru perlu mempunyai satu himpunan kaedah yang baik untuk menguruskan disiplin dalam bilik darjah. Antaranya ialah dengan memastikan rutin bilik darjah diuruskan dengan baik dan berkesan. Seterusnya, guru perlulah membina hubungan rakan sebaya yang sihat antara pelajar melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran di samping membina persekitaran pembelajaran yang boleh memberi sokongan dan pertimbangan terhadap perbezaan individu murid. Guru juga perlulah sentiasa mengingatkan pelajar berkaitan dengan salah laku dan mewujudkan perhatian guru terhadap murid dengan memberi motivasi. Sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan perlulah melibatkan murid dan pengurusan masa yang bijak juga penting agar mereka tidak cepat merasa bosan dan melakukan salah laku dalam bilik darjah.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGURUSAN BILIK DARJAH
Pengurusan bilik darjah merupakan salah satu elemen utama bertujuan membantu guru menyediakan dan mengekalkan bilik darjah sebagai persekitaran yang berkesan untuk pengajaran dan pembelajaran. Namun, persediaan dalam mengurus bilik darjah yang tidak mencukupi serta kesukaran yang dihadapi dalam mengawal tingkah laku pelajar pada tahun pertama perkhidmatan memberi kesan terhadap amalan pengajaran guru baharu dan seterusnya pembelajaran pelajar. Amalan pengurusan bilik darjah yang berkesan mampu meningkatkan disiplin pelajar dan menggalakkan penambahbaikan terhadap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, persediaan yang mencukupi di peringkat pra-perkhidmatan adalah penting bagi menyediakan pengetahuan dan peluang untuk guru baharu mengembangkan kemahiran mereka dalam pengurusan bilik darjah.
Apakah faktor yang mempengaruhi pengurusan bilik darjah ?
Bagi melaksanakan peranan seorang pengurus yang berkesan, guru perlu arif tentang iklim persekitaran bilik darjah dan faktor-faktor yang boleh membantu dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan.  Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada suasana tersebut.  Antara faktornya adalah susunan fizikal dan tempat duduk bilik darjah dan persekitaran psikososial semasa di dalam bilik darjah tersebut.
1.     FAKTOR FIZIKAL
Faktor pertama yang mempengaruhi suasana bilik darjah adalah persekitaran fizikal bilik darjah itu sendiri. Bilik darjah yang menarik adalah bilik darjah yang kondusif atau selesa untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.  Susunan peralatan dan kemudahan dalam bilik darjah seperti kerusi-meja, buku rujukan, pusat pembelajaran, bakul sampah, papan tulis dan lain-lain akan membantu keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran serta mengekalkan disiplin murid-murid dalam bilik darjah. Persekitaran pembelajaran yang kondusif akan dapat menggalakkan aktiviti intelektual, menggalakkan persahabatan, kerjasama dan sokongan di samping menggalakkan pembelajaran, pertumbuhan dan perkembangan pelajar. Sebagai rumusan, suasana fizikal bilik darjah yang boleh meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran ialah:
       i.            Penyusunan kerusi dan meja murid mengikut kumpulan yang sesuai akan memudahkan interaksi di antara murid dengan murid serta guru dengan murid.
     ii.            Suasana di bilik darjah yang dihiasi dan diatur kemas dengan pelbagai  carta, gambar dan alat bantu mengajar.  
  iii.            Saiz bilik yang mencukupi memberi keselesaan kepada murid-murid untuk menjalankan pelbagai aktiviti kumpulan atau permainan.
  iv.            Tingkap dan pintu yang mencukupi untuk pencahayaan dan pengedaran udara dengan baik serta keadaan kebersihan dan keindahan bilik darjah.
Hasilnya, wujudlah suasana yang harmonis, ceria, dan semangat kepada murid dan guru untuk berada lebih lama kerana terasa seolah-olah berada dalam sebuah rumah sendiri, wujudnya perasaan saling bekerjasama dan kekitaan dan semangat berdikari, iaitu bersama berusaha memajukan diri dan kumpulan secara kolektif.
2.     FAKTOR PSIKOSOSIAL
Faktor psikososial merujuk kepada perhubungan dan corak interaksi di antara murid dengan murid, khasnya di dalam bilik darjah. Murid-murid dalam sesebuah bilik darjah biasanya terdiri daripada latar belakang dan sifat yang berbeza. Terdapat juga murid yang mempunyai sifat pendiam atau pemalu dan kurang bergaul dengan dengan murid yang lain.  Oleh itu guru perlulah bijak merangsang dan menggalakkan perkembangan sosial murid-muridnya dengan menunjukkan sikap yang adil semasa melaksanakan peraturan kelas.  Persekitaran psikososial yang sihat di dalam bilik darjah mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
·        Suasana selesa dan mesra.
·        Bebas daripada ancaman dan bahaya fizikal.
·        Perasaan diterima.
·        Sensitif dan peka kepada perbezaan individu.
·        Suasana yang merangsang pembelajaran.
·        Mewujudkan komunikasi terbuka dan menggalakkan perkongsian idea.
·        Menggalakkan pembelajaran koperatif.
·        Peluang yang sama dan adil untuk semua pelajar.
Ekoran dari perkembangan dunia pendidikan era ini, peranan dan tugas guru dalam mengurus bilik darjah semakin mencabar. Seorang guru yang bertindak sebagai pengurus bilik darjah efektif akan berusaha mempertingkatkan serta melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengurusan yang berguna agar dapat menerajui bilik darjah yang dipertanggungjawabkan ke atas mereka.
Pengurusan bilik darjah pada masa kini adalah kompleks kerana melibatkan aspek pengurusan serta pengajaran dalam satu masa yang sama. Di sekeliling guru adalah masyarakat yang sentiasa melihat perkembangan pengajaran dan pembelajaran di sekolah, melalui anak-anak mereka. Justeru, seorang guru mesti memastikan pencapaian akademik pelajar khususnya berada pada tahap yang cemerlang dan membanggakan. Justeru, diharapkan guru serta bakal-bakal guru sedar tentang peranan mereka serta amalan seharusnya dipraktikkan dalam usaha mengurus bilik darjah masa kini secara berkesan serta membentuk satu persekitaran pembelajaran yang positif dan kondusif di sekolah. Guru wajar mengamalkan tahap pengurusan bilik darjah tertentu yang dirasakan paling sesuai sebagai usaha menjadikan pelajar seronok berada di dalam kelasnya dan berjaya menjalani proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.

KPS3014 PENGURUSAN PEMBELAJARAN

KPS3014 PENGURUSAN BILIK DARJAH ENCIK MOHD ARIFIN BIN GHAZALI AZZAH ZAKIRAH BINTI CHE GHANI (D20191088957) APAKAH RUTIN PENGURUSAN ...