ENCIK MOHD ARIFIN BIN GHAZALI
AZZAH ZAKIRAH BINTI CHE GHANI
(D20191088957)
APAKAH
RUTIN PENGURUSAN BILIK DARJAH?
Pengurusan harian bilik darjah. Ia merupakan satu prosedur yang tetap dan perlu dijalankan sebagai aktiviti harian bilik darjah. Rutin pengurusan bilik darjah yang sistematik bukan hanya membentuk persekitaran bilik darjah yang kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran, tetapi juga meningkatkan semangat kekitaan dalam kalangan murid-murid, keselamatan dan meningkatkan disiplin kendiri pelajar.
Contoh rutin bilik darjah : mengambil kehadiran murid, memungut yuran, menyusun kerusi dan meja, menyiapkan jadual bertugas
Pengurusan harian bilik darjah. Ia merupakan satu prosedur yang tetap dan perlu dijalankan sebagai aktiviti harian bilik darjah. Rutin pengurusan bilik darjah yang sistematik bukan hanya membentuk persekitaran bilik darjah yang kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran, tetapi juga meningkatkan semangat kekitaan dalam kalangan murid-murid, keselamatan dan meningkatkan disiplin kendiri pelajar.
Contoh rutin bilik darjah : mengambil kehadiran murid, memungut yuran, menyusun kerusi dan meja, menyiapkan jadual bertugas
Jenis –jenis Rutin
(a) Rutin Kelas (bukan akademik)
Seorang guru perlu mewujudkan persekitaran fizikal bilik
darjah yang kondusif dan membuat beberapa peraturan dan prosedur asas bilik
darjah untuk memudahkan proses pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah. Pengurusan peraturan dan kebersihan bilik darjah juga
bertujuan untuk mengurangkan masalah disiplin dan memastikan bilik darjah
berada dalam suasana yang kondusif. Tambahan pula, kaedah pembelajaran abad ke-21 sangat memberikaan impak yang besar terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah susunan meja pelajar yang lebih memudahkan interaksi antara pelajar dan guru untuk membahaskan berkaitan sesautu topik.
Contoh rutin bilik darjah : mengurus
kebersihan bilik darjah, termasuk menyapu lantai, menyusun kerusi dan meja
serta membersihkan papan tulis, membentuk peraturan dan jadual bertugas murid.
(b) Rutin Pentadbiran
Guru juga memainkan peranan sebagai seorang pentadbir. Adalah
penting bagi seorang guru mengurus pentadbiran bilik darjah secara berkesan
kerana ini akan membantu murid-murid belajar dalam suasana yang selesa dan
tenteram. Ini dapat menjimatkan masa dan tenaga guru serta murid. Ini boleh
memberi manfaat kepada pembelajaran murid. Murid akan lebih berasa selamat dan disiplin pelajar akan lebih terkawal di samping kebajikan
pelajar juga terjamin..
Contoh rutin pentadbiran : mengambil
kehadiran murid. Memungut bayaran PIBG dan bayaran peperiksaan, menyediakan
laporan kemajuan murid dan rekod kesihatan mrid.
(c) Rutin Pergerakan Murid
Murid perlu tahu pergerakan dari satu aktiviti atau bilik
darjah kepada yang lain. Contohnya, kebanyakkan sekolah memerlukan murd untuk
beratur sebelum pergi ke makmal sains dan computer, bengkel kemahiran hidup dan
sains rumahtangga. Ini bertujuan untuk melatih murid agar lebih berdisiplin
sewaktu bergerak ke makmal atau mengikuti aktiviti luar.
Contoh rutin pergerakan murid :
murid bergerak dari
i.
Aktiviti dalam ke aktiviti luar kelas
ii.
Aktiviti kelas kepada aktiviti
berkumpulan
iii.
Kelas ke makmal atau bilik sumber
(d) Rutin Pengurusan Tugasan
Rutin jenis ini
termasuklah persediaan guru terhadap tugasan, aktiviti sumber pengajaran dan pembelajaran serta membina pusat aktiviti. Untuk memastikan kelancaran dalam mengimplementasikan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru perlu memberitahu tentang hasil
pembelajaran yang diharapkan, apa yang perlu mereka lakukan dan cara mereka
mengetahui pencapaian hasil pembelajaran mereka. Guru juga perlu memantau
aktiviti bilik darjah dan menilai pencapaian murid.
(e) Rutin Pembelajaran
Rutin
jenis ini berlaku dalam pada setiap hari dan ini membantu menyokong aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Prosedur yang betul sewaktu menjalankan rutin
adalah penting dan murid harus melibatkan diri secara langsung di mana perlu.
Contoh rutin pembelajaran : memungut
buku latihan, menanda latihan, mengagihkan sumber dan buku.
(f) Rutin Interaksi
Pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah menenkankan
aktiviti yang berfokuskan murid. Interaksi seperti interaksi murid-murid dan
guru-guru adalah digalakkan. Murid perlu tahu prosedur bertanya atau menjawab,
perkara yang diharapkan semasa berada di pusat pembelajaran semasa menjalankan
perbincangan dan aktiviti bilik darjah yang lain.
Contoh rutin interaksi :
perbincangan kelas dan kumpulan kecil, membuat ujikaji makmal, aktiviti
kumpulan seperti main peranan dan projek.
No comments:
Post a Comment